Sunday, 24 February 2013

Mushroom Sos Chicken Chop

Arini aku nak kongsi resipi mushroom sos yg sedap dan senang nak buat..Resipi ni abg aku amik kt akak tempat keje die..Memang marvellous sbb dah penah buat dan puas ati dgn rasenye.. :)

Bahan-Bahan:
(utk 4-6 org)
* 2 s/b mentega
* 1-2 biji bawang besar-didadu

1 s/b mentega
1 s/b tepung gandum
100 ml air rebusan daging/ayam (blh guna air campur dgn kiub daging/ayam)
2 s/b tomato paste
1/2 s/k serbuk lada putih/hitam (lg sedap guna sos lada hitam)
1 s/b kicap masin
2 s/b kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream
150 g cendawan butang dlm tin-dihiris
1 s/k hirisan daun basil/selasih (blh juga guna daun parsley)
garam secukup rasa (tak ltak pn takpe kalau dh ckup rasa)

Cara-Cara:
1. Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat serta ketepikan.
2. Di dalam kuali yang sama, panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.
3. Kecilkan api, kemudian masukkan kesemua bahan2 yang lain juga bawang goreng tadi dan kacau sebati hingga mendidih.
4. Siap untuk disajikan dengan steak ayam, daging atau burger panas2.

Selamat Mencuba...

1 comment: