Tuesday 5 February 2013

RESIPI SUP AYAM

Arini menu kluarga aku ialah sup ayam..Feveret aku jugak ni..Sdpnye xsbr nk mkn nasik ngan lauk sup ayam..Klu nak cube resipi sup ayam ni blh tgk kt bwah.. :)

Bahan2nya:
1 ekor ayam (potong kecil2)
1 bj bawang besar } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
1 inci halia } dikisar
1 paket rempah sup
1 paket sup bunjut
1 batang lobak merah (dipotong panjang @ bulat)
1/2 biji kubis bunga (dipotong kecil)
1 batang daun seleri (dihiris lebar)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit cili padi (dihiris halus)- klu xnk pedas xltak pn xpe
Sedikit lada hitam (ditumbuk @ dikisar halus)
Air
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun sup dan bawang goreng utk hiasan

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan2 yg dikisar bersama sup bunjut.
  2. Apabila naik bau, masukkan rempah sup dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan ayam dan kacau sehingga air kering.
  4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  5. Setelah mendidih masukkan lobak merah, kubis bunga dan juga batang seleri. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan tunggu sehingga sayur sedikit empuk .
  6. Akhir sekali masukkan tomato, hirisan cili api dan lada hitam.
  7. Hiaskan dengan taburan hirisan daun sup dan bawang goreng.
  8. Sedia dihidangkan bersama nasi putih ataupun dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA!!!

2 comments: