Bahan2nya:
1 ekor ayam (potong kecil2)
1 bj bawang besar } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
1 inci halia } dikisar
1 paket rempah sup
1 paket sup bunjut
1 batang lobak merah (dipotong panjang @ bulat)
1/2 biji kubis bunga (dipotong kecil)
1 batang daun seleri (dihiris lebar)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit cili padi (dihiris halus)- klu xnk pedas xltak pn xpe
Sedikit lada hitam (ditumbuk @ dikisar halus)
Air
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun sup dan bawang goreng utk hiasan
Cara Membuatnya:
- Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan2 yg dikisar bersama sup bunjut.
- Apabila naik bau, masukkan rempah sup dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
- Selepas itu masukkan ayam dan kacau sehingga air kering.
- Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
- Setelah mendidih masukkan lobak merah, kubis bunga dan juga batang seleri. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan tunggu sehingga sayur sedikit empuk .
- Akhir sekali masukkan tomato, hirisan cili api dan lada hitam.
- Hiaskan dengan taburan hirisan daun sup dan bawang goreng.
- Sedia dihidangkan bersama nasi putih ataupun dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA!!!
sambal kicap jgn lupa.. haha..
ReplyDelete2 resipi ko lar wt...haha...
Delete