Tuesday, 5 March 2013

Sambal Udang

Arini nak share resipi sambal udang yang pedas dan lazat stail mama aku..Sape2 yg mkn knfirm mleleh airmata dan air hidungnya..Bak kata mama aku xpedas bkn sambal namenye...btl x??hehe...ape2 pon jom kte tgk bahan dan cara membuatnye... :)

Bahan-bahannya:
1kg udang kertas saiz sederhana (blh juga guna udang lain dan saiz mgikut kesukaan)
1 biji bawang besar}
3 ulas bawang putih}
300g cili kering (rebus sehingga lembut) }
sedikit belacan} dikisar
sedikit air asam jawa
1/2 biji bawang besar-dihiris
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Bersihkan udang dan toskan sehingga kering.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Tumis bahan tersebut sehingga pecah minyak dan cilinya telah garing dan bertukar warna.
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan udang dan bawang yang telah dihiris dan kacau sehingga udang masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.
nilah hasilnye...


# lagi sedap kalau letak petai..meletup terus rase die...hehe...selamat mencube ye... :)

1 comment: